Data Peribadi yang anda berikan dalam Borang Penemuan Kewangan Peribadi dan borang-borang lain mungkin termasuk akan tetapi tidak terhad kepada nama, salinan dan butir-butir dokumen identiti lain, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, dan maklumat berhubung lain, maklumat berkenaan umur, pekerjaan, bangsa, kewarganegaraan taraf perkahwinan, butir-butir pekerjaan, kelayakan kredit, kesihatan fizikal atau mental atau keadaan kesihatan (“Data Peribadi Sensitif”).
Syarikat mungkin memperoleh Data Peribadi anda daripada sumber lain, seperti biro atau agensi-agensi yang ditubuhkan atau akan ditubuhkan oleh pihak berkuasa kawal selia, operator rekod atau pengkalan data yang tersedia kepada industri insurans, jabatan kerajaan, agensi atau pihak berkuasa, mana-mana pihak yang telah, sedang atau membekalkan produk atau khidmat kepada anda dan kepada siapa yang anda telah memberikan persetujuan, rakan-rakan komersial kami, pihak perantara perkhidmatan kewangan, pihak penanggung insurans semula, pengurus dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga, doktor perawat anda, hospital, klinik, ahli professional perubatan yang lain, kemudahan atau farmasi perubatan yang lain, makmal, peguam anda, agen, bank, pemegang serah hak yang dicadangkan, pemunya polisi berkumpulan, pihak pengurusan pelan manfaat dan majikan anda, atau orang-orang atau organisasi yang berkaitan di mana maklumat sebegitu adalah penting untuk tujuan yang dinyatakan di sini.
Tujuan Mengumpul dan Menggunakan Data Peribadi Anda
Data Peribadi yang diberikan oleh bersama dengan maklumat lain yang Syarikat mungkin peroleh berkenaan anda, akan dikutip, digunakan dan sebaliknya diproses oleh Syarikat untuk tujuan-tujuan berikut:
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk melaksanakan pengesahan terhadap pelanggan baru atau sedia ada;
- untuk lebih memahami keadaan insurans anda, memberi sebut harga, dan melaksanakan produk dan perkhidmatan kewangan;
- untuk mengesan dan mengelakkan aktiviti jenayah atau penipuan berkaitan dengan suatu transaksi kewangan;
- bagi siasatan, laporan, pencegahan atau selainnya berkenaan pelanggaran kerahsiaan maklumat sulit, penipuan, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan kegiatan-kegiatan jenayah secara amnya;
- untuk pentadbiran akaun anda secara berterusan serta untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun anda, termasuk, pengumpulan jumlah terhutang, penguatkuasaan keselamatan, caj atau lain-lain hak dan kepentingan;
- untuk menguruskan dan menyelenggarakan hubungan Syarikat dengan anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang lebih baik kepada anda melalui pemasaran (termasuk pemasaran langsung) dan promosi produk dan perkhidmatan lain Syarikat dan/atau Kumpulannya;
- untuk penyediaan terma sebarang perjanjian atau perkhidmatan lain-lain yang berkaitan dengan anda;
untuk mengekalkan dan membangunkan system dan infrastruktur bisnes kami; - untuk pemindahan data, dan berkongsi dengan, Syarikat dan Kumpulannya dan/atau pihak ketiga bertindak bagi pihak kami, termasuk yang lokasinya berada di luar Malaysia;
- memenuhi keperluan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang yang mengikat dan bagi maksud mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau lain-lain penguatkuasa atau perintah mahkamah yang mana Syarikat atau mana-mana syarikat induk, anak syarikat, sekutu, wakil-wakil yang dijangka akan mematuhi;
- merekod di dalam system untuk tujuan rekod dalaman dan laporan kepada mana-mana persatuan industri, badan pentadbiran atau intstitut berkaitan dengan kegiatan yang dijalankan oleh Syarikat;
- untuk sebarang tujuan lain yang berhubungan dengan pelaksanaan arahan dari anda atau yang berkaitan dengan urusan perniagaan Syarikat;
- demi menjalankan penyelidikan pasaran bagi pelan bisnes Syarikat atau meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan Syarikat;
- untuk memberi respons kepada sebarang pertanyaan anda;
- bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak perundangan dan/atau mendapatkan nasihat undang-undang;
- bagi semua tujuan sampingan berkaitan penyediaan kemudahan-kemudahan termasuk penyediaan komputer,
- telekomunikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan berteknologi; dan/atau
- bagi segala maksud lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang tersebut di atas.